• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

1. Orang Ikhlas Itu Tertindas?
2. Tangisan Khalifah Ketika Sakaratul Maut
3. Cinta Pada Kematian
4. Umat Yang Sentiasa Menang
5. Orang-orang Yang Di Cintai Allah Dan Dikasihinya
6. Haji Mabrur
7. Tahukah Anda Apa Yang Mencantikkan Wajah?
8. Amal Yang Membuka Pintu Surga
9. Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
10. Bila Malaikat Mencabut Nyawa
11. Bila Tenggelam Dengan Cinta Tuhan, Kesakitan Dunia Hilang
12. Rahsia Kehidupan
13. Ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu Aziz
14. Mencari Redha Atau Mencari Glamour?
15. Pelik Tapi Benar
16. Yang Biasa Dan Luar Biasa
17. Kisah Anak Kecil Dihari Raya
18. Tertib Dalam Mencari Ilmu
19. Balasan Tuhan
20. Allah Nilai Hati Si Majusi
21. Menghina Diri Itu Amalan Hati
22. Kata-kata Hikmah Orang Soleh
23. Mudahkan Jangan Sukarkan
24. Hebatnya Anak-anak Islam Generasi Pertama
25. Beriman Kerana Terbela
26. Doa Pemuda Soleh
27. Tuhan Adalah Matlamat Seorang Hamba
28. Cerdik Pandai Yang Bodoh
29. Aku Rasa Malu Menunggang Kuda
30. Buah Iman
31. Ketabahan Siti Hajar
32. Kisah Wali Allah Yang Kasyaf
33. Kisah Peniaga Yang Bertaqwa
34. Pelik Tapi Benar
35. Kisah Sufi
36. Siti Fatimah Az Zahra
37. Tiga Qadhi
38. Kerana Sabar Menjala
39. Kisah Penjual Tempe
40. Kerajaan Bumi Kerajaan Langit
41. Lobak ,telur Dan Kopi
42. Musuh Yang Tak Nampak
43. Kisah Tentang Taubat
44. Misteri Di Tengah Lautan
45. Musuh Batin Manusia
46. Jika Perbualan Tidak Ada Cita-Cita Islam
47. Satu Soalan Sepuluh Jawapan
48. Rasa Bertuhan Para Sahabat
49. Buah Iman
50. Lukmanul Hakim.. Katanya Seribu Hikmah
51. Tiga Soalan
52. Pengasas 4 Mazhab
53. Enam Soalan
54. Lima Belas Bukti Keimanan
55. Tidak Masuk Neraka Orang Yang Menangis Kerana Takutkan Allah
56. Enam Perkara Tercela Akibat Makan Banyak
57. Kisah Anak Soleh
58. Bangunan Yang Tidak Rosak
59. Bidadari untuk Umar r.a.
60. Dajjal Negeri Samirah
61. Doktor Yang Memeluk Islam
62. Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina
63. Gagak, Bapak & Anak
64. Kisah Asal Usul Hajar Aswad
65. Jibril A.S, Kerbau, Kelawar & Cacing
66. Kaki Dirantai, Berwajah Khinzir
67. Kurma Madinah
68. Malaikat Di Rumah Mu
69. Kisah Lukman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia
70. Mimpi Rasulullah S.A.W
71. Kisah Nafsu Yang Degil
72. Niat Taubat Menukar Arak Menjadi Madu
73. Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim
74. Panasnya Api Neraka
75. Pekerjaan Yang Mulia
76. Pencuri Dan Abid (Seorang Yang Kuat Beribadah)
77. Pengorbanan Suci
78. Riya' Membinasakan Ibadat
79. Kisah Berpisahnya Roh Dari Badan
80. Saudara Baru Menjadi Kekasih Allah
81. Kisah Wali Yang Solat Diatas Air
82. Dialog Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk
83. Kisah Asal Usul Bekas Kaki Nabi Ibrahim A.S (Maqam)
84. Tempat Tinggal Iblis
85. Balasan Kerana Tidak Mandi Hadas Besar
86. Unta Menjadi Hakim
87. Sikap Orang Yahudi Yang Menuntut Hutang Dari Rasulullah S.A.
88. 6 perkara Allah sembunyikan
89. Anjing Musafir
90. Balasan Bagi Penghuni Syurga
91. Di potong tangan kerana memberi sedekah
92. Hadiah Malam Jumaat
93. Hamba Badwi Dengan Rasulullah s.a.w
94. Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut
95. Imam Ahmad Bin Hambal Di Cambuk Dan Di penjarakan
96. Iman Syafie Ditangkap Dan Dirantai
97. Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
98. Kisah 5 Perkara Aneh
99. Kisah Bumi dengan Langit
100. Kisah Lelaki Berbohong
101. Kisah membantu jiran dan anak yatim
102. Kisah Nabi Daud Dengan Ulat
103. Kisah Neraka Jahanam
104. Kisah Pendita yang insaf
105. Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
106. Menahan lapar semalaman kerana menghormati tetamu
107. Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
108. Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta
109. Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit
110. Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib
111. Nabi Sulaiman Dengan Semut
112. Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun
113. Rahsia Syair Di Atas Perkuburan
114. Rasulullah s.a.w. dan pengemis yahudi buta
115. Rela dimasukkan ke neraka
116. Sayyidah Nafisah
117. Seorang Anak Membangkang Perintah Ayahnya
118. Syidatina Fatimah, Penghulu Wanita Syurga
119. Tangisan ahli neraka amat dahsyat
120. Tiga Watak Di Akhir Zaman
121. Unta Patah Rancangan Abu Jahal
122. Wangi Harum Masyithah
123. Wudhuk Zahir dan Batin


Kembali Ke Halaman Utama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain

 
 
 

 

© Mukmin (Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)