Solah Membersihkan Dosa (1)

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah R.A katanya, "Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi di dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?


Para sahabat R.A menjawab, "Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran."

Rasulullah S.A.W bersabda, "Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah Allah S.W.T akan mengampunkan dosa." (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.